Kes Rawatan 2

pekebun sayur2

Jantina: Lelaki

Umur: kira-kira 60 tahun

Pekerjaan: Pekebun Sayur

Latar belakang:

Walaupun Chen tidak berpendidikan tinggi, tetapi dia adalah petani yang berpengalaman. Dia telah mewarisi kebun sayur nenek moyang pada usia dua puluh tahun, dengan ini mulalah hidup sebagai seorang pekebun penuh masa dengan menjaga sebidang tanah yang seluas empat padang bola sepak. Walaupun harga sayur-sayuran sentiasa turun naik, tetapi pendapatan Chen boleh dikatakan lumayan, kehidupan juga agak stabil. Meskipun begitu, terdapat satu masalah yang sentiasa membuatkan Chen rasa tidak senang hati dan kadang-kadang memalukannya sejak tiga dekad yang lalu. Malahan isteri Chen juga tidak tahu dia mempunyai penyakit itu, dia terpaksa menderita secara senyap seorang diri. Dia pernah pergi ke hospital dan meminta nasihat doktor, jawapannya ialah dia perlu pembedahan. Walau bagaimanapun, disebabkan takut pembedahan, dia cuba bertanya rakan-rakan tentang pelbagai “ubat rahsia” dan “rawatan tradisi”, malah ubat penawar dari bomoh yang dijual dengan harga yang sangat tinggi. Kesemua ini masih tidak mencapai kesan sebenar. Kadang baik, kadang buruk, akhirnya keadaan buasirnya bertambah buruk sehingga ke fasa terakhir yakni yang paling serius.

pakar buasir logo kecilKeadaan Pesakit:

Dalam Fasa 3, buasir hanya akan terkeluar ketika membuang air besar, dan biasanya menarik balik secara automatik. Tetapi keadaan Chen telah memasuki Fasa 4, setiap kali selepas membuang air besar, prolaps buasir tidak menarik balik secara automatik, dia perlu menggunakan tangan untuk menolak masuk. Hanya pesakit sendiri yang tahu betapa sakit rasanya. Kini Keadaan menjadi lagi teruk, prolaps buasir akan terkeluar walaupun batuk atau mencangkung, begitu juga dengan kes berjalan, membongkok untuk mengambil barang. Dalam keadaan ini, seluar dalam dan seluar akan basah dengan darah dan berbau.

Buasir akan terkeluar ketika bekerja.

Buasir akan terkeluar ketika bekerja.

Bukan sahaja diejek rakan-rakan malahan tidak teruskan kerja, apa yang boleh lakukan hanya ialah hentikan kerja di tangan dan pergi ke tandas untuk menolak masuk buasir dan menukar seluar. Boleh dikatakan Chen hampir langsung tidak dapat bekerja dengan betul-betul. Jika masalah ini tidak diselesaikan, maka kerja dan pendapatan akan menjadi satu masalah besar.

pakar buasir logo kecilRawatan:

Setelah mengambil keputusan untuk rawatan, Chen pun meminta pertolongan daripada rakan-rakan yang mempunyai pengalaman sama. Ramai yang mengesyorkan En. Kee, seorang tabib cina yang mempunyai 40 tahun pengalaman dalam bidang penyakit bawasir. Selepas En. Kee memeriksa keadaan  buasir Chen, beliau mendapati bahawa buasir Chen adalah amat serius, tidak hairanlah rawatan sebelum ini tidak boleh menyembuhkannya dan hanya sekadar menyelesaikan masalah buat sementara waktu. Oleh kerana pesakit takut sangat akan pembedahan, maka En. Kee sengaja menyenangkan hati dia dengan menerangkan kepada Chen bahawa rawatannya sebenarnya langsung tidak ada proses pembedahan. Padahal En. Kee sudah berjaya mencapai ke tahap menggantikan pisau pembedahan dengan ubat, jadi pesakit tidak perlu takut akan kesakitan pembedahan. Apa yang pasti, selepas tiga hari  buasir akan jadi kering dan gugur seterusnya sembuh dalam masa satu minggu. Chen berjaya kembali ke kebun sayurnya untuk bekerja, dan sejak itu tidak lagi perlu bimbang tentang masalah buasir. Kini Chen dapat bekerja dengan lancar dan pendapatannya semakin hari semakin baik.

pakar buasir logo kecilUlasan Pakar:

Satu lagi kes tipikal dalam rawatan buasir. Disebabkan rasa takut pembedahan oleh pesakit, penyakit buasirnya telah diperpanjangkan sehingga 30 tahun ke atas. Secara terus terang, ​​inipun tidak boleh menyalahkan Chan sekaligus. Untuk keadaan Chen, doktor hospital kerajaan sudah tentu akan mencadangkan cara beroperasi. Begitu juga hospital swasta, kalaupun tidak mencadangkan pembedahan biasa, doktor juga akan mengesyorkan penggunaan sejenis alat pistol pembedahan buasir dari Amerika Syarikat yang kononnya cara pembedahan berteknologi tinggi. Pembedahan bukan sahaja sangat mahal (biasanya melebihi RM 10 ribu), malangnya pesakit masih perlu menderita kesakitan yang sama. Dan kini terdapat kes-kes di Hong Kong menunjukkan bahawa pistol pembedahan buasir ini mengandungi risiko yang tinggi dan komplikasi negatif. Sila merujuk kepada suratkhabar Oriental Daily Hong Kong tentang kes tersebut.

pakar buasir logo kecil Baca Kes Rawatan 1, Baca Kes Rawatan 3